Mr Teh O Ais Limau
(By April Snow) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | April Snow |
“Milo. Milo Ais.” - Karmila Puteri
“Encik nama apa?” – Karmila Puteri
“Teh O Ais Limau.” – Luqman Riayat Syah
Itu detik pertama perkenalan mereka. Comel dan lucu. Dan kisah comel dan lucu mereka berdua; Cik Milo Ais dan Mr Teh O Ais Limau tidak terhenti di situ. Berlarutan ke janji temu pertama yang merungkai identiti sebenar Mr Teh O Ais Limau.
“Kenapa tak cakap nama sebenar masa saya hantar surat hari tu?” – Karmila Puteri
“You didn’t ask.” - Luqman Riayat Syah
Bagi Karmila, Luqman itu si Mr Teh O Ais Limau yang Super Duper Fantastic Handsome. Punya pakej lelaki pujaan wanita. Sukar dilepaskan.
Bagi Luqman, Karmila aka Milo Ais itu gadis yang menawan hati dengan sikap selamba, nakal dan gila-gila. Ciri gadis yang dicari selama ini. Dah jumpa, akan dipastikan jadi miliknya. Tak kisahlah kalau kena penuhi apa juga syarat. Luqman sanggup penuhi.
Memang ada syaratnya. Syarat pun bukan kaleng-kaleng.
“Ada ke nak suruh bakal suami orang buat kuih genggang. Agak-agak la nak buat kelakar babah ni.”-Karmila Puteri
“Mana ada babah buat kelakar.”- Pak Hashim Genggang
“Yang babah bagi syarat Luqman kena buat kuih genggang tu bukan kelakar. Dia CEO laa, babah. Bukan chef.” -Karmila Puteri
Orang kata, nak kan anak, kenalah pikat hati orang tuanya. Hati seorang Pak Hashim Genggang bukan mudah mahu ditawan. Mampukah Luqman memenuhi syarat si bakal babah mentua demi memastikan Karmila jadi miliknya yang abadi?
Ikan di laut. Asam di darat. Kalau sudah tertulis yang hak, tiada siapa yang mampu menghalang.”