“Book Descriptions: Kali pertama mereka bertemu adalah di tempat letak kereta di hadapan sebuah bangunan. Pertemuan itu mencetuskan perbalahan sekaligus membuatkan Farisha tidak suka kepada Iqbal Hakimi. Lebih mengeruhkan keadaan apabila kawan Iqbal Hakimi telah membuatkan adik perempuan Farisha berubah menjadi seorang gadis liar dan mengandung. Namun, bos barunya mempunyai wajah yang hampir sama dengan lelaki itu. Farisha sangka lelaki itulah musuhnya. Tetapi disangkal oleh bosnya yang dipanggil Encik Iqbal.
"Saya Iqbal Hafifi pengurus baru di bahagian pemasaran."
Itu nama yang disebutnya. Farisha percaya bahawa musuhnya dan bosnya adalah orang yang berbeza. Mereka adik beradik. Tanpa sedar Farisha mula menyimpan perasaan kepada bos yang dipanggil Encik Iqbal itu. Dan lelaki itu juga menunjukkan rasa yang sama. Farisha dijemput ke rumah lelaki itu untuk makan malam sekaligus menjadi punca rahsia lelaki itu terbongkar. Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa Iqbal Hakimi dan siapa pula Iqbal Hafifi? Farisha keliru. Yang mana satu sebenarnya sudah membuatkan Farisha jatuh cinta?” DRIVE