Cinta Handicapped
(By Danisyarahmat) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Danisyarahmat |
“Prank!?”. Erika kerut dahi.
“Saja nak kenakan Kak Dayah, nak tengok reaksi dia.”.
“Apalah abang ni!. Tak elok tau mainkan Kak Dayah”.
“Bukan selalu. Nak eratkan lagi kasih sayang kenalah uji pasangan kita”. TAUFIK HIDAYAT BUKHARY.
“Semuanya salah Sha. Semuanya bermula kerana ingin
membantu kawan kononnya. Akhirnya kawan makan kawan”.
“Sha buat seperti apa yang dia nak. Memang Sha masuk ke suite mewah tu. Tapi Sha tak tahu apa yang berlaku bila mata Sha ditutup dan tangan Sha diikat. Kemudian mereka suntik sesuatu di lengan Sha. Lepas tu Sha dah tak ingat apa-apa”. RAISHA HAMBALI.
Dek kerana ingin membalas dendam, Taufik mengatur
strategi. Apabila kebenaran terbongkar, dari balas dendam telah bertukar strategi memikat hati. Taufik melamar Raisha, gadis handicapped sebagai suri. Sebab simpati, membalas budi atau benarbenar sudah jatuh hati. Taufik saja yang tahu isi hatinya. Raisha terima kerana mereka terperangkap di Kuala Lumpur akibat PKP. Tak manis tinggal berduaan, akhirnya lamaran Taufik diterima.
“Sempat lagi kalau kita balik hari ini, Fik. Esok baru PKP berkuatkuasa”.
“Saya tak nak balik, Sha. Saya nak habiskan masa dengan awak di sini”.
“Tak elok, Fik. Kita tinggal berdua tanpa ada ikatan
yang sah”.
“Kita halalkanlah”.
“Awak masih nak terima saya dengan apa yang saya dah ceritakan. Saya tak layak untuk awak, Fik”.
“Bagi saya, awak layak Sha. Lebih layak dari saya”.
“Saya tak perlukan simpati, Fik. Saya tak nak awak menikahi saya kerana belas”.
Bahagia saat menyulam cinta, terbongkar siapa si punya angkara perenggut mahkota Raisha.
“Kenapa abang tipu Sha?.
“Tipu apa, sayang?”.
“Abangkan lelaki tu?”.
“Lelaki mana pulak?”.
“Lelaki malam tu.
Memaafkan orang lain adalah sesuatu perkara yang berat untuk dilakukan jika hati tak reda. Tapi aku mahu hidup bahagia. Lepaskan kebencian itu, demi bahagia yang kucari. RAISHA HAMBALI”