“Book Descriptions: Mereka pernah berkawan rapat. Di mana ada Elin, di situ ada ada Kish. Ke mana Kish pergi, ke situ juga Elin tuju. Sehingga Kish tahu erti jatuh cinta dan Elin tak mampu menipu hati. Lantas, Elin berbuat sesuatu yang meragut kepercayaan Kish.
Tiga tahun mereka melarikan diri.
Sehingga rumah agam atuk menemukan Kish dan Elin semula. Tiga tahun, waktu yang cukup untuk merubah Elin tetapi tidak mampu membuat Kish lupa bahawa kepercayaannya dikhianati.
"Mulai sekarang, kita hanya dua orang yang berkongsi tanah di atas dunia yang sama." -Kish
Kish cuba menjadi matang. Biarkan Elin menetap di rumah atuknya. Cuba tidak mempedulikan gadis itu. Namun, Elin yang jauh berubah, sangat menyesakkan dadanya. Bukan hanya dia tetapi semua orang di rumah merasakan mereka kehilangan Elin yang lalu.
"Kamu menyesal jatuh cinta pada Kish?" - Atuk
"Jatuh hati pada Kish satu mimpi buruk bagi saya."- Elin
Kish tahu kedatangan Elin disebabkan sesuatu. Sesuatu yang gadis itu diamkan sejak melangkah ke rumah ini.
"Jujur dengan aku, Elin. Beritahu aku… Kau takut, kan?"
Elin senyum, diam dan terus senyap.
"Hidup awak lebih penting daripada saya, Kish." - Elin” DRIVE