Kembara Mistik 2.0: Anak Patung
(By Zaifu Zaman Ahmad) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Zaifu Zaman Ahmad |
Ada seseorang yang memuja semangat gadis itu dengan mengambil rambutnya lalu diletakkan pada satu patung yang sudah pun dijampi serapah. Tidak mudah untuk membuka kuncinya.
"Seperti yang dikhabarkan kepada kita. Sumpahan itu perlu dibuka kuncinya. Jika tidak adik hamba pasti tidak akan selamat."
PATUNG VENA - Jeehan
Daripada kilauan kilat tadi, aku nampak susuk di dalam tab mandi sedang berada di dinding dengan muka sama seperti tadi, mata terbeliak dan mulut tersenyum, menakutkan aku. Seumur hidup aku tak pernah aku nampak senyuman seperti itu.
"Kau nak apa hah!?"
SHOU - Farhah Aiddin
"Shou, Shou, bangun Shou! Bangun!"
Aku menggoncang kuat tubuhnya. Berulang-ulang kali.
"Hehehe! Dia sudah mati Ifham. Dah mati!"
Suara mengilai itu buat aku tergamam. Makhluk itu memeluk tubuh aku dari belakang. Dia melingkar di tubuh aku.
"Sekarang, tunaikan permintaan aku pula. Bersatu dengan jasad aku!"
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai cerita pengalaman barangkali dijadikan kisah untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam Kembara Mistik 2.0?
JANGAN SENTUH! WALAU KAKU DISANGKA TIDAK BERNYAWA...”