Kembara Mistik: Homestay
(By EB Reeza) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | EB Reeza |
Maria Kajiwa
Cerita ini mengisahkan usaha dua orang sahabat iaitu Razak dan Amran; untuk menukar sebuah rumah lama di tepi laut menjadi sebuah homestay.
Melihatkan potensi rumah dan kawasan tersebut untuk dijadikan homestay, Razak telah membeli tanah itu daripada kawannya yang bernama Fuad tanpa menyedari akan kisah silam rumah tersebut.
Amran ditugaskan untuk melakukan semua kerja yang diperlukan namun orang yang diupah membersihkan rumah tersebut diganggu oleh satu entiti yang dipanggil ‘Mak Putih’. Kerja-kerja tergendala.
Razak dan Amran mendapatkan pertolongan daripada Pak Cik Kamal, tuan tanah bersebelahan yang juga merupakan saudara kepada Mak Putih. Mereka cuba menghalau ‘Mak Putih’ dengan bermalam di rumah lama itu.
Pelbagai pengalaman seram menimpa mereka sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk menggali keluar empat batu yang ditanam di empat penjuru tanah. Setelah batu itu dibuang, barulah semua kerja dapat diteruskan.
Akhirnya Homestay yang diberi nama Homestay Putih Nian siap sedia menerima penyewa. Bagaimanapun tanpa pengetahuan Amran dan Pak Cik Kamal, batu yang digali itu tidak dibuang oleh Razak, sebaliknya ditanam di tempat lain.
Razak mengikat perjanjian dengan saka rumah itu. Dalam perjalanan balik dari situ Razak kemalangan. Sebulan selepas itu gangguan bermula semula di rumah itu.
Penyewa diganggu. Amran memanggil seorang ustaz untuk menyelesaikan masalah di situ. Saka itu dapat dibuang ke muara.
Homestay Putih Nian kembali beroperasi dengan aman. Mak Putih tidak muncul lagi.
RAHSIA
Penulis: Rhea
Rumahtangga Hisyam dan isterinya, Kiara dilanda krisis. Kiara telah dapat menghidu hubungan sulit Hisyam dengan perempuan lain. Hisyam curang dibelakangnya. Alasan Hisyam, Kiara terlalu sibuk dengan kerjayanya.
Demi anak-anak, Hisyam mengambil keputusan untuk memulihkan semula hubungan dia dengan Kiara. Kiara turut bersetuju dan cuba memberikan Hisyam peluang. Sebuah homestay dipilih menjadi lokasi percutian mereka. Hisyam mahukan suasana yang aman dan tenang. Tanpa Hisyam ketahui, homestay itu menyimpan satu rahsia yang mula mengganggu Hisyam dan keluarga. Malahan pemiliknya juga mencurigakan.
Kejadian-kejadian menakutkan mula menghantui isteri dan anak-anak Hisyam. Apa yang mereka hadapi bukanlah manusia tetapi makhluk yang dahagakan darah. Percutian bertukar menjadi mimpi ngeri. Dan tidak semudah itu untuk mereka meninggalkan homestay terbabit. Hisyam perlu menyelamatkan isteri dan anak-anaknya daripada menjadi mangsa. Namun, di seblik rahsia homestay itu, ada rahsia yang bakal mengeutkan Hisyam.
HONEYMOON
Eb Reeza
Sepasang suami isteri yang ditaja honeymoon mereka berasa sangat gembira dengan percutian itu. Ketika di dalam perjalanan untuk ke tempat percutian yang ditaja, hujan turun dengan lebatnya sehingga tidak nampak jalan. Mereka terpaksa berteduh di homestay yang berdekatan.
Ketika membawa beg pakaian masuk, bell boy bernama Imran sudah berpesan kepada mereka supaya jangan keluar dari bilik pada pukul 10 malam. Namun, mereka kelaparan dan terasa ingin mandi di dalam kolam renang. Mereka memesan makanan sebelum bersuka ria di dalam kolam renang. Sedang leka mandi, mereka terasa kaki mereka ditarik menyebabkan mereka keluar dari kolam.
Sebelum masuk ke bilik, mereka melihat seseorang sedang dipaksa atau lebih tepat diseksa. Mereka suami isteri ingin mengambil tahu menyebabkan mereka diburu setelah terdengar bunyi tembakan.
Mereka tidak sempat pulang ke bilik apabila terpaksa menolong seorang isteri sedang dipukul oleh suami. Akibatnya mereka terperangkap dengan situasi cemas itu. Isterinya pasaangan baru berkahwin itu hendak dibunuh, lantas si suami meminta isterinya memohon bantuan. Apa terjadi, homestay tempat tinggal mereka rupanya sarang hantu menyebabkan si isteri berpatah balik untuk menyelamatkan suaminya sebelum kepala suami dipenggal. Si isteri sempat menembak si suami sebelum mereka berdua melarikan diri.”