Kembara Mistik: Perigi
(By Khairul Ahmad) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Khairul Ahmad |
"Aku dah buat satu kesilapan." - Lelaki Inggeris
Mukanya yang hangat dipanah terik matahari siang diraup dengan tangan. Benar memang dia telah melakukan kesilapan. Barangkali Doktor Howard pun begitu. Kesalahan yang mungkin tidak mampu diampunkan sendiri. Kesilapan yang membawa kepada petaka besar. Sayangnya detik waktu yang telah dilalui tidak mungkin dapat ditarik kembali.
"Tidak semua rahsia perlu dibongkarkan. Ada waktu-waktunya elok saja dibiarkan tanpa perlu diusik." - ALBERT
SUMUR PENGANTIN
"Jangan diusik. Itu untuk mengamankan roh-roh jahat yang keluar masuk ke desa ini. Kami tidak mahu majlis penuh adat dicemari roh-roh jahat." JELITA
Gadis itu melemparkan hantaran pernikahan yang dipegangnya ke lantai. Dia berlari ke arah Manbir namun langkahnya terdorong ke sumur pengantin dan masuk ke dalam lubang yang penuh dengan air. Gadis itu menjerit sehingga hilang suaranya. Perlahan-lahan dia tenggelam dan lenyap dari pandangan. Penjaga sumur tersenyum.
PANGGILAN PUTERI
"Panggilan puteri, panggilan berbisa. Panggilan puteri untuk selamanya." -PUTERI SUNDARI
Damia memeluk Hasnul dan Hasmiza sbelum dia terjun ke dalam perigi lama itu demi menyelamatkan adiknya Nila. Dia tidak mahu Nila menjadi mangsa Puteri Sundari. Walau apa pun caranya, dia harus membawa Nila pulang ke pangkuan keluarga. Selagi Nila tidak pulang, selagi itu dia akan menjejaki adiknya. Itu janji seorang kakak kepada adiknya.
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam kem KEMBARA MISTIK?”