Kembara Mistik 2.0: Kubur
(By D. Rafael) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | D. Rafael |
"Untuk malam ini, aku nasihatkan kepada semua yang ada di sini. Seandainya kamu semua terdengar suara-suara orang mengelur dari luar rumah, jangan sesekali bukakan pintu rumah kamu semua. Aku tak mahu ada sesiapa yang terpukau oleh benda itu lagi."
Pesan Imam Ismail. Kesemua yang berada di situ mendengar dan mengangguk hampir serentak.
"Ingat pesan aku. Benda itu mungkin boleh menyerupai sesiapa sahaja. Termasuk diri kita. Jangan sesekali kita tertipu!"
DEL OSMERA (KISAH SI PENGGALI KUBUR)
"Kamu akan laluinya sendiri masa kamu ikut atok gali kubur nanti."
Terdiam Khairi selepas mendengar kata-kata atok. Semasa dia remaja, dia tidak pernah diganggu dengan apa-apa entiti. Mungkin kerana atok tidak pernah membawanya menggali kubur pada malam hari. Semuanya dilakukannya pada siang hari kerana atok tidak mahu mengganggunya waktu ulangkaji.
SYASYA DE LUNA (MAKAM BUNUH DIRI)
"Setiap mahluk halus ada permintaan khas mereka sendiri. Kalau kau yang bersifat jahat, mungkin menuntut korban hidup. Paling berat pun mungkin kau meminta diberi makan darah pemuja sehingga perjanjian selesai."
Suara ketawa melaung ke udara. 'Lelaki' yang sering dilihat oleh Jemaimah, ke hulu hilir dengan gembira. Makin lama bunyi ketawa itu bertambah kuat dan bercampur baur. Seperti makam itu itu meraikan lagi kematian manusia. Mahluk-mahluk halus berpesta kerana kegagalan manusia. Keimanan menjadi taruhan.
***
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0”