“Book Descriptions: “... salah satu ‘lagu ulangan’ yang akan kembali berkumandang, khusus oleh kelompok nasionalis ialah; menjajakan keunggulan peradaban Melayu satu ketika dahulu. Di sebalik hujah yang dinyatakan tersebut, salah satu yang sering diabaikan oleh ‘sejarawan retrophiliac’ adalah faktor keadaan manusia Melayu murbawan itu sendiri. Sebagai misalan, soalan yang mungkin sering diabaikan adalah apakah kegemilangan dan kehebatan peradaban Melayu tersebut dapat dikecapi, dinikmati sama-rata atau sampai ke kaum bawahan, rakyat jelata dan manusia kecil?” Faisal Tehrani
Kompilasi baru ini mengandungi sepilihan esei-esei provokatif dan polemik karya Faisal Tehrani. Antara tumpuannya termasuk agama, sastera, sejarah dan politik – empat bidang yang biasa menjadi ruang pemikiran konservatif dan reaksioner. Dalam buku ini, hal-hal semasa seperti kesupreman Melayu, pengharaman buku-buku, budaya keagamaan dan lain-lain dibincangkan dalam bentuk yang cukup berseni, berteraskan sumber sejarah dan analisis tajam.
FAISAL TEHRANI, atau nama penuhnya, Mohd Faizal Musa, telah menerima pelbagai anugerah dan hadiah sastera termasuklah Anugerah Seni Negara (2006). Beliau terkenal dengan penulisannya yang meneliti dan mempersoal keadaan masyarakat. Karya beliau yang diterbit oleh Gerakbudaya termasuk The Professor (2019) dan edisi baru 1515 (2020).” DRIVE