Kertas-kertas yang Merubah Fikir
(By Najibah Abu Bakar) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Najibah Abu Bakar |
Secara tradisi, kertas berjilid inilah yang akhirnya menjadi buku dan teman akrab manusia – menghiasi rumah mereka lalu memperindah hidup yang singkat dengan amalan membaca. Di manakah keasyikannya dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah fikir? Adakah benar membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada daripada sudut emosi, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?
Begitu pada awalnya, pertanyaan-pertanyaan kecil ini akhirnya membentuk kesepakatan untuk berkongsi keasyikan membaca kepada generasi seterusnya. Datang daripada pelbagai latar belakang, mereka yang mencintai buku bertemu di Goodreads Malaysia lalu menurunkan pengalaman "membaca" mereka di atas kertas. Ramai dalam kalangan mereka pernah menghasilakn karya-karya yang jauh lebih besar namun begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini.
Himpunan 24 buah catatan akan membawa pembaca ke dunia "buku" dengan cerita yang diramu dengan rempah ratus tersendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang telah memerangkap rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri, keasyikan dan keunikan melangkaui jangkauan fikiran. Sudah bersedia?”