Salina
(By A. Samad Said) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | A. Samad Said |
"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."
Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.
Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.
Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak-watak orang.”