Angel in My Arms
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Jordan dipaksa berkenalan dengan Harlina. Dia dan Harlina seperti Tom and Jerry. Pantang bertemu, perang meletus. Jordan lelaki yang celopar dan kurang ajar. Pelbagai cara Jordan lakukan agar Harlina membenci dan tidak mahu berkahwin dengannya.
Namun, akhirnya Jordan terkulai dengan aura Harlina biarpun dalam keadaan dia tidak mengenali raut wanita itu. Tanpa dia sedar, Harlina adalah cinta pertamanya yang pernah ditemui sepuluh tahun dulu.
“Tak payah nak baby-baby sangat lah. Ingat bila lagi banyak sebut baby tu, saya lembut hati?”- HARLINA
“Kejamlah baby ni. Kalau baby I ni yang hilang, I merana seumur hidup. Nampak tak? Betapa sayangnya I pada baby.”- JORDAN
Jordan yang pandai merayu. Harlina yang bijak mengawal. Seimbang kehendak dan keperluan, meledakkan rasa menyatukan cinta.
Datangnya Rachel, teman wanita narsisistik si Jordan telah membuat kacau dalam kehidupan yang baru saja bermula.
Permainan tiga penjuru meledak. Baik Jordan, Harlina mahupun Rachel... tidak mahu mengaku kalah. Masing-masing ingin membuktikan cinta mereka adalah cinta abadi.
Seorang belajar untuk setia demi syurga yang dicari. Seorang mula menjadi lelaki yang tahu makna tanggungjawab. Seorang lagi... terhanyut dengan neraka ciptaan sendiri.
Siapakah yang memenangi pertaruhan ini? Selamanya kah Harlina bertahan dengan Jordan yang mempunyai kisah gelap yang penuh dengan kejutan?
Kisah mereka, seperti pelangi dalam pelukan bidadari... hanya ada cinta. Sesiapa pun yang membangunkan sukma indah ini... Sedarlah bahawa itu adalah takdir yang sempurna.”