“Book Descriptions: Bangun dari tidur dan tiba-tiba ada lelaki tak dikenali di sebelah. Bunyi macam mimpi, tapi itu yang sedang terjadi dalam hidup Mimi, pagi selepas dia meraikan hari jadinya.
“Pinas! Aku kena kidnap wei! Aku taktau aku ada dekat mana! Aku takut ... aku nak buat apa ni?” - Mimi
"Please tell me you’re joking. You tahu kan I siapa?” - Bi
Memori 3 tahun Mimi hilang lesap seperti langsung tidak pernah berlaku. Isu kecil jadi makin mengelirukan bila lelaki yang memanggilnya Sayang itu sering membuat Mimi naik gila. Tak tahu nak percayakan cerita yang mana.
Bila semua persoalan dah terjawab, Mimi pula tak boleh terima hakikat. Kisah 3 tahun lepas dan 3 tahun kemudian yang bercanggah membuatkan ada saja perkara negatif menerjah fikiran.
“Awak tak ada kekasih gelap kan?” - Mimi
“Kisah you benci I tu bukannya bulan lepas, Yang. Itu 3 tahun lepas. Sekarang ni dah 3 tahun kemudian. You kena tahu bezakan dua perkara tu.” - Bi
Yang Mimi mahu cuma kebenaran, tapi adakah kebenaran itu semanis yang Mimi harapkan?” DRIVE