Hidup seorang Emma Dahlia menjadi huru-hara sejak mengenali Mr H, seorang pelanggan tetap di kafe tempat Emma bekerja. Namun, hubungan mereka hanyalah sekadar pelayan dan pelanggan. Hinggalah apabila Mr H memberanikan diri untuk memulakan perbualan.
“Can I have your number?”
“Hah?” Emma terpinga-pinga. Apa mamat ni tanya tadi?
“Your number.” Mr H mengulang semula.
“Awak nak buat apa dengan nombor saya, eh?”
“Err.” Tiba-tiba Mr H jadi Mr Gagap pula. “Err, you know, talk to you and stuff.”
“And stuff???” Emma membulatkan mata. Dia ni biar betul!
Emma tahu dia ada dua pilihan waktu itu
a) Kata ‘okey’, tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya ataupun
b) Kata ‘tidak’ (selepas itu menyesal seumur hidup, mungkin?)
Emma akhirnya memilih yang pertama. Selanjutnya, Emma redah saja. Jodoh pertemuan memang rahsia Tuhan kan?