Janji Pada Langit
(By Hananee Amir) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Hananee Amir |
Panji berjanji akan menjaga Mutiara dan nenek sepanjang hayatnya manakala Mutiara berjanji akan selalu percayakan Panji. Tetapi semuanya berubah apabila nenek meninggal dunia.
Panji mengajak Mutiara berkahwin supaya dia dapat terus menjaga Mutiara. Mutiara menolak dan memilih Haris, teman sekuliahnya. Panji membawa diri jauh ke Miri. Mereka terputus hubungan terus.
17 tahun berlalu, Mutiara dan Haris bercerai. Dia kembali bekerja. Disitulah dia bertemu Muhammad Edmund Goh yang juga pernah melalui episod perceraian dalam hidupnya. Mereka menjadi rapat disebabkan itu.
Dalam diam, cinta mulai berputik. Edmund juga berusaha kembali menyatukan Mutiara dan Panji. Banyak insiden berlaku. Tiba-tiba Azrai muncul jadi batu penghalang. Naim, pembantu kesayangan Edmund, berusaha menyatukan Edmund dan Mutiara kerana itulah kali pertama dia melihat Edmund kembali membuka hati untuk perempuan selepas 11 tahun menduda.
"I have nothing to offer." – Mutiara
"Manusia cuma percaya apa yang dia nak percaya, dengar apa yang dia nak dengar. Dan cakap apa yang dia nak cakap. Saya tak berhutang penjelasan dengan sesiapa kecuali Tuhan." – Edmund Goh
"Aku sayangkan Mutiara. Tapi kalau perkahwinan ni diteruskan, kami semua termasuk Mutiara akan ke neraka. Kau ingat aku tak ada impian nak masuk syurga?" – Haris Kamal
"Kasut yang letaknya dikaki dan dipijak-pijak orang pun ada pasangan. Bos muka handsome, poket tebal pun masih terkontang-kanting sorang-sorang.
Membazir betul!" – Naim Nidal”