“Book Descriptions: Isyraf, CEO muda di WONDERWALL. Dia lelaki sempurna, bukan saja memiliki harta peribadi berbilion ringgit, tapi ada semua yang boleh buat perempuan mana pun jatuh cinta padanya: dia kacak, pandai main gitar, pandai menyanyi, pandai memasak, boleh jadi imam, tak tinggal tahajud, baca surah al-Kahfi setiap Jumaat. Tapi tetaplah dia tak memiliki seseorang untuk dicintai... hinggalah dia bertemu Banie, peguam yang berjaya, cantik manis dan tegas...
* * *
Banie pandang lelaki itu. Rambutnya diikat head bun, matanya sepet, kulitnya agak cerah, bibirnya merah merekah, dan lelaki itu lengkap berpakaian formal: kemeja, tali leher, weskot, kot dan seluar slek.
* * *
“Sekejap, kita belum bincang lagi berapa you nak sebagai teman wanita upahan I?” “Berapa you sanggup bayar?” “A million.” “A million?” Banie mengulang dengan soalan. Mana tahu dia salah dengar. “Yup, a million. Kenapa? Tak cukup ke?” “Isyraf, a second. You minta I berlakon jadi teman wanita you aje kan?” Gila ke apa lelaki ni nak bagi upah sampai sejuta?
----------------------------------------
AMANY, lepasan bidang undang-undang dari UIA menggunakan pengetahuannya untuk menulis cerita tentang kehidupan seorang peguam dalam ‘bahasa orang muda’ sekarang ini.” DRIVE