Atma Peony & Mawar
(By Syaz Sufiy) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Syaz Sufiy |
CIK MAWAR, dia aneh bagaimana lelaki asing yang memandang bunga-bunga di depannya dengan renungan kosong dan postur tubuh tegang memanggil dengan gelaran semanis begitu? Kena tepat dengan namanya pula tu! Dan ya, seperti Mr. Peony dia juga tersakiti setelah mendapat tahu kekasihnya curang! Kalau Mr. Peony dipanggil ‘kayu’, dia pula dipanggil bodoh oleh Keifli!
“Kita buktikan kepada lelaki dan perempuan gila itu, yang Nur Mawar tidaklah bodoh dan…” – Nur Mawar.
“Muhammad Eidlan bukanlah kayu.” – Muhammad Eidlan.
Rancangan asal begitulah tetapi bila tiba-tiba Eidlan membuat rancangan lain tanpa berbincang dengan Mawar, Mawar rasa macam kena scam! Sudahlah Eidlan yang disangka ‘kayu’ itu kerap betul membuatkan hati Mawar berdebar-debar! Lain yang dirancang lain pula yang terjadi.
Dua orang asing, yang cuba membina bahagia... tanpa mengenali atma sebenar milik mereka?
Ketika Mawar akhirnya reda dengan perjalanan takdir mereka, hubungan mereka diuji. Bukan disebabkan orang ketiga tetapi dek kerana rasa sangsi yang hadir di hati Eidlan terhadap isterinya!
“Entahlah, bro. Semakin aku cuba untuk kenal isteri aku, semakin aku takut. Aku takut hilang dia.” – Muhammad Eidlan.
Amarah yang dipendam oleh Mawar semakin tidak terkawal.
“Aku berkahwin dengan kau hanya disebabkan dendam. Nothing more than that! You don’t deserve my love at all!” – Nur Mawar.
Dua Atma yang bertemu di satu garisan atas alasan membalas dendam. Garisan mekar kembang bagai bunga Peony atau garisan berduri bagai bunga Mawar yang bakal mereka tempuhi bersama?”