Love, Made in Venice
(By Nia Qurratun'aini) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Nia Qurratun'aini |
“Encik, jangan harap kita ada ilmu tapi mulut masih melopong. Jangan harap nama sahaja Melayu, tapi kita jadi orang yang sombong. Orang Melayu tak sombong.”
Qadheer Alauddin bukanlah sombong orangnya tapi dia saja nak tunjuk maco. Tambahan lagi, mereka berdua ada peristiwa sewaktu pertama kali bertemu. Qadheer Alauddin sebenarnya punya misi rahsia ke Venice selain melarikan diri daripada calon menantu neneknya, Fatimah.
Daripada hati naik ke mata ke, dari mata turun ke hati? Haih... Qadheer Alauddin pun tak tahu. Mulanya hanya mahu menyiasat latar belakang Nadhrah, tidak semena-mena jantung berdegup kencang bila melihat senyuman gadis itu setelah dua tahun hatinya terkunci untuk bercinta lagi.
“Bagi awak mungkin biasa aje. Tapi bagi saya yang dapat berjumpa dengan gadis Melayu yang benar-benar jati dirinya Melayu di celahan kota Venice ni sesuatu yang luar biasa.”
Isy... Takkanlah aku jatuh cinta? Itu yang Qadheer Alauddin rasa pada awalnya. Bila berjauhan, yang di benua Asia tidak menentu, yang di Eropah sudah pun merindu. Sudahnya, mereka berdua angguk setuju yang cinta di hati telah bertemu. Namun, Qadheer Alauddin tersepit antara dua. Janji atau rasa indah? Rahsia yang cuba disembunyikan terbentang jua tatkala Nadhrah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rasa bahagia sekelip mata berubah kerana Zahid Kenchana.
Siapa Zahid Kenchana? Apa kaitannya Zahid dengan Qadheer Alauddin dan Nadhrah? Apakah rahsia di sebalik jejak kaki Qadheer Alauddin di Venice? Lalu, benarkah cinta Keris Nadhrah Sari dan Qadheer Alauddin, made in Venice?”