Sayang Puan Sebelah Rumah
(By Zaza Qry) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Zaza Qry |
Zaqry, seorang lelaki yang sombong dan bergaul hanya dengan orang yang dikenalinya. Mempunyai seorang kekasih sejak kecil bernama Alana. Bercinta bukan main lama, tapi rancangan berkahwin tak pernah ada. Sebab Alana lebih pentingkan kerjaya dan Alana yakin sangat Zaqry akan terus setia. Sudahnya, bila perkahwinan Zaqry diaturkan oleh neneknya, Puan Akilah, ia mendapat tentangan Zaqry dan seluruh keluarga. Namun kerana insiden pengsan Puan Akilah, Zaqry akhirnya bersetuju. Sayang nenek punya pasal.
“Ry ikut aje apa yang tok rancangkan. Kita tak payah pening kepala fikir lagi. Ry dah setuju. So, tok cakap aje bila nak kena kahwin.”
Hati yang walang kerana terpaksa berkahwin paksa membuatkan Zaqry meninggalkan pengantin perempuannya selepas majlis akad nikah. Tanpa melihat siapakah pengantinnya itu, dia pergi. Puan Akilah yang rasa bersalah dengan apa yang terjadi, mengaturkan pertemuan empat mata tanpa kedua-dua suami isteri itu tahu bahawa mereka akan bertemu. Berharap agar Zurin Aria dan Zaqry akan jatuh cinta tanpa dipaksa.
“Tok ni peliklah. Nanti tiba-tiba kalau Zurin jatuh cinta dengan dia, meranalah Zurin sebab dia ada Alana!”
Mampukah Zurin Aria bertahan dengan cinta yang tidak pernah terucap itu sedang dia tahu tiada cinta daripada suami? Bagaimana pula dengan Alana yang tetap mahukan Zaqry dan akan buat apa sahaja demi mendapatkan Zaqry?”