Bukan Kekasih Tetapi Isteri
(By Ailah Diela) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Ailah Diela |
“Sudahlah Rizza! Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk rupa! Buruk laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!” - Zara
Dia bukanlah gadis yang garang atau suka terpekik-pekik. Tersangatlah tidak ayu. Tapi kalau berdepan dengan Rizza Azrim, memang automatik segala budi bahasa dia hilang. Kapten seorang tu bahasanya, macam orang tak pernah belajar nilai murni.
“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang.” – Rizza
Bencilah setinggi gunung pun. Elaklah sejauh mana pun. Tapi kalau dah jodoh, kahwin juga akhirnya. Niat asal Rizza hanya ingin menlindungi Zara dari Adila, tapi sekarang dah jadi isteri dia pula. Bila dah kahwin, kenapa pulak rasa sayang dan cinta datang mengetuk hati keduanya. Jantung seorang kapten bagai dipalu bila gemersik suara Zara berlagu di telinganya. Bagai kalah sebelum berperang!
“Jangan pernah berangan mahukan suami saya. In your dream! Remember. I’m fighter pilot wife, so saya akan fight habis-habisan!!” – Zara
Bersungguh Zara bertahan dari serangan parasit luar yang cuba menumpang kasih suaminya. Semuanya mampu dia elak. Tapi bagaimana pula jika rahsia perkahwinan mereka sampai ke pengetahuan Tan Sri Rahman Syah? Lebih penting adalah penerimaan adik kepada Rizza, Adila musuh utamanya.
Adakah Rizza akan mempertahankan status Zara sebagai isteri atau melepaskannya untuk menyatukan keluarganya? Dan Zara, mampukah dia menukar wataknya untuk menjadi isteri mithali? Melepaskan gaya hidupnya selama ini hanya kerana lelaki bernama Rizza Azrim? Bukan Kekasih Tetapi Isteri merungkai segalanya.”