His Killer Smile
(By Cik Mardiah) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Cik Mardiah |
"Jumpa kawan-kawan I," jawab Faliq seraya merebahkan tubuhnya di atas katil bersebelahan dengan Janna. Mata terpejam rapat sambil tangan diletakkan di atas perutnya. Janna membiarkan Faliq begitu dan menyambung aktiviti sosialnya tadi. Masih banyak komen tak berbalas.
Tak lama selepas itu Faliq bangun dari pembaringan dan berura-ura mahu menanggalkan t-shirt nipis di tubuh.
"Eh eh! Apa awak nak buat ni?" soal Janna, dah mula cuak. Ah, kalau Faliq nak tayang body memang dia cepat cuak. Aiyo, apa yang ada dalam kepala otak kau ni Janna? Kasi tahu Shima dengan Aida kang!
"I nak buka baju I lah. Panas, kenapa?" Faliq menyoal pula. Janna berdecit.
"Eei jangan la buka baju depan saya, pergi la buka dalam toilet. Shuh, shuh!" Janna menghalau sambil tangan menolak-nolak belakang tubuh Faliq. Faliq senyum nakal.
"Macam lah you tak pernah tengok I tak pakai baju. I half naked pun you dah tengok tau. So, apa masalahnya?" Faliq jongket sebelah kening sambil tangan sudah memegang hujung bajunya.
"Eei, saya tak kira! Awak pergi la buka baju dalam toilet!" tegas Janna. Dia bukan apa, tak sanggup nak tengok body Faliq. Seksi sangat, takut iman goyah. Ops!
Tidak mempedulikan larangan Janna, terus Faliq tanggalkan t-shirt putih di tubuh.”