You are My Mr. Right
(By Nia Qurratun'aini) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Nia Qurratun'aini |
Nak dijadikan cerita, satu hari Qhayrul bertemu dengan Yusra Dahliyaa. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul lalu menyebabkan ada perasaan aneh menyusup perlahan ke dalam jiwa itu secara tiba-tiba saat mata bertentang mata. Ehem... Adakah ini namanya cinta pandang pertama?
Namun, bukan setakat itu sahaja pengakhiran pertemuan mereka. Itu baru permulaan. Qhayrul dan Yusra Dahliyaa bertentang mata sekali lagi dalam pembacaan wasiat Idrus Wira, pemilik Restoran Warisan Wira. Seumur hidup nama Idrus Wira begitu asing pada pendengaran mereka berdua. Terpinga-pinga dibuatnya, termasuklah anak kandung Idrus Wira, Isyraf Wira dan Irdina Wira. Wasiat yang ditinggalkan penuh dengan tanda tanya.
“Puan Yusra, bukan Cik Yusra. Awak tak nampak ke yang saya ni dah ada anak?”
“Tak kisahlah awak ada anak ke tidak. Suka hati sayalah nak panggil awak apa. Kalau awak masih lagi puan, macam mana ada wasiat yang mengatakan kita kena kahwin?”
Ya, betul. Kahwin. Salah satu kandungan wasiat mengatakan yang Qhayrul perlu mengahwini Yusra Dahliyaa, ibu kepada Rafi Huzaifa itu. Mulanya cuba mengelak, tetapi wasiat yang tertulis seakan-akan jalan jodoh untuk mereka.
“Buat apa saya nak tipu Encik Wira?”
“Kalau tak tipu kenapa tutup mulut tu tadi?”
“Saya tutup mulut sebab ingat Encik Wira nak...”
“Saya nak apa?”
Hari demi hari Qhayrul seperti mempunyai kuasa magis melenyapkan rasa sedih yang dipendam oleh Yusra Dahliyaa selama enam tahun yang lalu. Tanpa mereka sedari, kerana peristiwa enam tahun itulah segala-galanya terjadi. Akan tetapi, apakah ia peristiwa enam tahun yang lalu itu? Apakah sebenarnya rahsia di sebalik wasiat yang ditinggalkan? Lalu, mampukah Qhayrul Wira Azreen menjadi Mr. Right untuk Yusra Dahliyaa setelah segala-galanya terbongkar?”