“Book Descriptions: Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya kerajaan yang masih mengekalkan adat Perpatih Putih. Sebut saja namanya, pasti penduduk Akalil mula terbayang pandangan mautnya. Bahkan gadis itu diberikan gelaran Puteri Hazel kerana ketangkasannya dalam berlawan pedang, kebijaksanaanya dalam menutur kata, juga kerana keberaniannya seperti seekor singa.
She's such a motionless but her mind is full of wonder.
Puteri tunggal itu sentiasa menjadi dambaan rata-rata jejaka di luar sana. Biarpun sudah banyak putera datang merisik, satu pun dia tidak pernah terima mahupun memandang dengan sebelah mata. Semua yang keluar dari bibir merahnya hanyalah nista belaka.
Kerana kehilangan bapa kandungnya, menjadikan Thalia seorang yang sangat misteri. Dendam yang lama terkubur akhirnya kembali bangkit demi menuntut keadilan. Kehadiran Sultan Habil demi menggantikan takhta Sultan Mursyid membuatkan rasa dendam itu menebal.
"Ayah aku dah lama mati."- Thalia
"Jadi anggaplah Sultan Habil sebagai ayah kedua kau. Takkanlah kau layan ayah kau macam tu?"- Haqeem.
Mungkin tidak lama lagi pewaris Kerajaan Akalil bakal berubah. Semua pentadbiran mula berantakan apabila ramai sudah mula membangkang adat Perpatih. Bahkan Sultan Habil mula bertindak sesuka hati dalam mentadbir Akalil.
Kehadiran Ethan dari zaman depan, membuatkan Thalia semakin senang untuk membuka langkah demi merampas kembali Kerajaan Akalil dari Sultan Habil.
Berundur diri tak bermakna dia kalah. Ditekadkan dalam hati, Sultan Habil takkan mampu melawannya di khalayak ramai kelak. Dia akan pastikan Kerajaan Akalil akan kekal teguh di bawah pimpinannya suatu hari nanti.” DRIVE