“Book Descriptions: Gagal kali pertama bukan bermakna gagal untuk kali kedua. Mana tahu yang kedua ini lebih membahagiakan. Bukan untuk diri sendiri sebenarnya, tetapi lebih untuk anak-anak. Mereka lebih memerlukan kasih seorang ayah. Dan mahu membuktikan masih ada yang menghargai dirinya.
"Tak sangka ada jugak nakkan janda beranak pinak ni. Entah lelaki mana yang buta kayu nak pikul beban," Mak saudara AKA bekas mak mertua.
"Itu yang pelik tu. Tak sempat lepas pantang dah ada orang nak. Tak masuk akal sungguh." Kak Cik AKA kakak sendiri.
"Entah-entah kena bayar. Mana tahu, kan. Orang kalau tak nak kalah memang macam itulah. Sanggp buat apa saja."
"Memang kena bayar tu. Kalau tidak siapa yang nak?"
Tak apa, Hafiza tidak kisah dengan semua cemuhan. Dia yang tanggung semua, dia yang rasa sakitnya dan dia yang rasa bahagianya.
"Awak, kita akan jadi sebuah keluarga yang bahagia. Jangan peduli apa orang lain kata."
Itu janji Zaid Hisyam, lelaki yang menjadi kesayangan anak-anak Hafiza. Kerana janji lelaki itulah Hafiza mencuba nasib untuk kali kedua.” DRIVE