Indah Cintaku
(By Msroses) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Msroses |
Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.
Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.
"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.
"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi
Eh? Kenapa lain pula ceritanya?
Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.”