“Book Descriptions: Ditukangi dalam persekitaran kesunyian Subuh yang ruangnya tumpat dengan kata-kata dan punya bahasa yang sukar difasihi. Dua bahagian dalam kumpulan puisi merakam pengalaman peribadi dan perjalanan kerohanian kendiri serta catatan protes marah, simpati dan teladan.
Bahagian "Madrasah Muhasabah" mengumpulkan 15 puisi yang lebih peribadi degupnya dan refleksi serta retrospeksi tentang kefakiran dan kekerdilan manusia sebagai hamba-Nya. Manakala bahagian 'Nota-nota Renyuk" daripada suara pelbagai bahasa dan jarak geografi yang mencakupi ruang sejarah, politik dan kemanusiaan. Dua bahagian yang saling menyempurnakan penggeledahan nurani dan kegalauan konflik kemanusiaan dalam kumpulan puisi ini.” DRIVE