BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Malaya 1941

    (By Rafe Rahmat)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 22 MB (22,081 KB)
    Format PDF
    Downloaded 598 times
    Last checked 9 Hour ago!
    Author Rafe Rahmat
    “Book Descriptions: Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.

    Walau bagaimanapun, laporan Kolonel Masanobu Tsuji yang merupakan ketua kepada Unit Penyelidikan Tentera Taiwan atau turut dikenali sebagai Unit No. 82 mendakwa bahawa bekalan bahan api bagi kegunaan keseluruhan ketumbukan tentera Jepun hanya boleh bertahan selama setahun sahaja sekiranya mereka berperang dengan Kesatuan Soviet. Oleh itu, Kolonel Tsuji dipertanggungjawabkan untuk merancang kemaraan Jepun ke Asia Tenggara yang melibatkan Malaya, Filipina, Borneo serta Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Tetapi untuk misi ini, Kolonel Tsuji hanya diberi masa selama 6 bulan sahaja! Untuk perancangan dan latihan.

    Adakah Kolonel Tsuji berkeupayaan merancang satu operasi amfibia yang memerlukan sokongan daripada banyak kapal? Bagaimanakah pihak Jepun akan melakukan ulang bekal kepada pasukan infantri yang bakal mara ala Blitzkrieg sejauh 1,000 km dari Songkhla ke Singapura? Pada masa yang sama, mampukah operasi ini dilaksanakan serentak dengan tindakan menghalang tentera laut Amerika daripada terus menguasai Lautan Pasifik? London pula telah mengarahkan tentera British di Malaya untuk bertahan sehingga bantuan tiba jika perang meletus di Timur Jauh.

    Saksikanlah pertembungan dua kuasa besar di Tanah Melayu dalam Malaya 1941 ini.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Merantau ke Deli

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    BIDAN

    ★★★★★

    Nil .

    Book 1

    Mencari Mendam Berahi

    ★★★★★

    Ilham Mazalan

    Book 1

    Aku, Buku & Kota Kaherah: Kembara Sang Pencinta Buku

    ★★★★★

    Shahriman Jamalullayl

    Book 1

    Di Tepi Sungai Dajlah: Kembara ke Kota Baghdad, Iraq

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Menyusuri Lembah Sungai Nil

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Mencabar Teori Konspirasi

    ★★★★★

    Ibn Jawi

    Book 1

    Kota Romantika

    ★★★★★

    Ilham Mazalan

    Book 1

    Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources

    ★★★★★

    Martin Lings

    Book 1

    Orang-orang Biasa

    ★★★★★

    Andrea Hirata

    Book 1

    Di Bawah Lindungan Ka'bah

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Kapal Terakhir Di Dunia: Episod I

    ★★★★★

    Teme Abdullah

    Book 1

    Mao Zedong and China in the Twentieth-Century World: A Concise History (Asia-Pacific: Culture, Politics, and Society)

    ★★★★★

    Rebecca E. Karl

    Book 1

    Antologi Penulis Wanita: Seratus Rumah Yang Sunyi

    ★★★★★

    Hafizah Iszahanid

    Book 1

    Kenangan-Kenanganku di Malaya

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Pencari Cincin Sakti

    ★★★★★

    Aliff Mustafa

    Book 1

    Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan

    ★★★★★

    Hamka