“Book Descriptions: Kerana zuriat, perkahwinan Nisrina bersama Khairil selama lima tahun musnah gara-gara kecurangan lelaki itu.
Nisrina nekad meminta cerai dan memulakan hidup baru. Namun, isteri baru Khairil yang tak pernah tahu erti bersyukur sering mengganggu keharmonian hidup Nisrina.
"Perempuan mandul! - SYAFIKA
"Tak kisahlah apa kau nak kata. Yang penting aku tak mengandung anak luar nikah. - NISRINA
Jangan ingat Nisrina perempuan lemah yang mudah dipijak. Sekali dia keluarkan kata-kata, mahu berasap telinga penyondol seperti Syafika.
Berkali-kali Syafika cuba sakiti Nisrina akibat cemburu buta. Dan berkali-kali itu juga muncul Amsyar sebagai penyelamat Nisrina.
Bagi Nisrina, Amsyar bukanlah sesiapa dalam hidupnya. Perkahwinannya dan Khairil buat Nisrina jadi serik dengan lelaki.
"Marry me, Nisrina. - AMSYAR
"Saya tak nak pisang berbuah dua kali." - NISRINA
"Kadang-kadang, lebih elok kalau kita terima orang yang cintakan kita berbanding orang yang kita cinta. - DATIN FARAH
Campur tangan Datin Farah buat Nisrina sebulat hati mengubah arah dan jalan cerita hidupnya.
"Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak." - AMSYAR
Adakah pilihan yang Nisrina buat ini bakal memberi sinar ke dalam hidupnya?
Atau mungkinkah sejarah bakal berulang kembali sehingga melenyapkan rasa ingin bercinta di hati Nisrina?” DRIVE