Cinta Wanita Pendosa
(By Nur Mayani) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Nur Mayani |
"Ke...kenapa dengan awak ni? Kenapa berjalan tengah-tengah malam bawak anak? Ya Allah...Apa saya nak buat ni?" - AKHDAR
"Sa...saya baru lepas bersalin..." - KASHREEN
Walaupun lelaki itu terlalu asing namun, dia telah menjalankan peranannya sebagai seorang manusia yang punya hati dan belas kasihan.
"Saya tak tau nak balik ke mana, encik. Saya takde rumah. Saya dah kena halau dari bilik sewa." - KASHREEN
"Takpe. Awak boleh tinggal kat rumah saya. Nanti saya cakap kat umi saya. InsyaAllah semuanya akan baik-baik je. Awak jangan risau."- AKHDAR
Kehidupan Kashreen yang kelam seakan tersuluh dengan cahaya yang amat terang. Dalam diam, dia menyimpan perasaan pada lelaki mulia itu. Namun, Kashreen sedar diri. Dia perempuan yang kotor, mana mungkin dia sepadan dengan Akhdar. Harapan itu juga telah pun runtuh sepenuhnya apabila dia mengetahui bahawa Akhdar sudah pun bertunang.
"Ya Allah...kenapa Yulisa buat kita macam ni, Dar? Kenapa dia lari macam tu je? Majlis dah dekat ni." - PUAN JAMEELA
Kerana tunang Akhdar yang melarikan diri sebelum majlis pernikahan mereka , Kashreen diminta untuk melakukan sesuatu yang amat berat.
"Tolonglah Reen. Tolong umi sekali ni je. Tolong gantikan tempat Yulisa. Kalau tak, macam mana umi nak jawab dengan sedara mara yang datang nanti? Dorang mesti tanya kalau takde pengantin perempuan."- PUAN JAMEELA.
Tidak ada perkara yang paling Kashreen risau selain perasaan Akhdar. Dia takut Akhdar cuma terpaksa menerima dia sebagai isteri.
"Saya setuju. Sebab saya redha dengan jodoh yang Allah takdirkan untuk saya. Saya yakin, itulah yang terbaik."- AKHDAR.
Pernikahan itu berlangsung dan lelaki itu menerimanya sepenuh hati. Namun, ada rahsia yang tersimpan di ceruk hati seorang Akhdar. Dia menerima Kashreen bukan hanya kerana terpaksa tetapi ada sesuatu yang dipendamkan.
Adakah nanti, setelah Kashreen mengetahui semuanya, segala apa yang terbina masih akan kekal berwarna-warni?”