“Book Descriptions: Realitinya, hakikat sekolah dan universiti pada masa kini telah menjadi terbalik. Sekolah telah menajdi tempat untuk mengajarkan konsumerisme dan 'efficient citizens'. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak benarkan untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang dibenarkan oleh pengawal penjara. - Pengenalan, Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir
Kuasa blog, twitter dan facebook digunakan sepenuhnya meskipun belum cukup maksimum. Media sosial menjadi alat untuk mengukuhkan masyarakat sivil dan ruang awam; ‘social media is a longterm tools that can strengthen civil society and the public sphere’ (Clay Shirky: 32). ‘Arab spring’ menjadi rujukan anak muda di seluruh dunia, malah cakap-cakap mengenai ‘Malaysian monsoon’ kedengaran di mana-mana. Sebagai contoh, ia muncul di telapak tangan anda dalam bentuk buku ini. - Prakata, Musim Monsoon Di Malaysia: Teriak Orang Muda oleh Faisal Tehrani” DRIVE