Elqays : Egomu Tak Mampu Kuturuti
(By Hash Aulia) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Hash Aulia |
Bagi dia, diangkat sebagai isteri, sudah memadai walaupun tak dicintai. Jadi, dia fikir Elqays akan mengabaikan dia dan menjadikan dia patung hiasan.
Namun, lain yang jadi!
Elqays yang romantik!
Elqays yang caring!
Elqays yang memahami! Cemburu bila dia kena mengorat!
Buat jiwa perempuannya meronta. Bukan setakat cukup pakej handsome + bekerjaya. Malah, lelaki itu romantik! Garangnya terselit kemanisan. Marahnya, dilitupi rasa kasih sayang!
Iris pesan pada hati, jangan jatuh cinta. Taraf mereka berbeza. Jalan hidup mereka tak sehaluan. Namun, sekeping hati sering menderhaka.
“Jangan romantik, Qays. Kalau macam ni gaya you layan I, silap hari bulan bukan takat jatuh cinta. Jatuh tergolek-golek.”- Iris
“Mama suruh I layan you sebaiknya. Walaupun I tak suka you. So, ni Cuma layanan sebab arahan mama. Belum layanan ikhlas dari I lagi.” El qays
Agak-agak kalau layanan ikhlas, jantung mahu menggelupur. Dan ternyata! Jantung dia benar-benar menggelupur.
“Qays.. peluk I macam ni, mama yang suruh ke?” – Iris
Elqays, buat dia gila bayang! Walaupun ego tak terkata, layanannya romantik tiada had. Elqays peluk sesuka hati. Elqays cium sesuka hati. Sehingga dia rasa aneh!
“You cakap you tak suka I. You cakap, antara kita takkan jadi apa-apa. You cakap, bila tiba masanya, you akan lepaskan I. Tapi, cara layanan you contra dengan bicara you.” – Iris
Dan bagi Elqays, sebenci mana pun dia pada Iris, tatkala dia lafazkan akad. Iris selamanya milik dia. Cuma, ego mengatasi segalanya. Tak mampu dia akui bahawa hati sedang merasakan cinta.”