“Book Descriptions: Beragama Yang Kehilangan Tuhan membawa pembaca menilai kembali bagaimanakah fungsi agama dalam kehidupan kita hari ini. Adakah fungsi agama terserlah pada setiap dimensi kehidupan, atau agama hanya menjadi ritual kosong?
Memisahkan bahagian physical, intellectual dan emotional daripada spiritual adalah ruang kosong yang membuka peluang untuk Dajjal merosakkan hidup manusia. Manusia memisahkan spiritual adalah manusia yang terputus daripada Tuhan.
Rasulullah SAW telah menekankan Surah al-Kahf sebagai benteng daripada fitnah dajjal. Fitnah yang membawa mazhab materialisme. Materialisme yang bermaksud memisahkan spiritual daripada segenap dimensi kehidupan.
Buku ini membawa pembaca kembara ibrah Surah al-Kahf bagi mengukuhkan kembali hubungan dengan tuhan melalui empat kisah yang dipaparkan dalam Surah al-Kahf. Beragama Yang Kehilangan Tuhan mempunyai citra yang mengambarkan fungsi Surah Al-Kahf dalam membenteng manusia daripada terputus hubungan dengan Tuhan.” DRIVE