“Book Descriptions: Allah menciptakan hati dengan sifatnya yang paling ‘alami, iaitu mencari ketenangan.
Tanpa melakukan apa-apa, tentu sahaja hati itu akan berusaha; merangkak mencari cahaya ketika ia sedang kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar ketika ia sedang kesesatan.
Tidak hari ini, esok. Tidak esok, lusa. Tapi yang pasti, hati yang sedang sakit akan tetap sembuh. Seberapa lamapun tempohnya.
Tentu sahaja al-Quran itu sendiri ialah wahyu yang penuh as-syifa’ (kesembuhan), dan di dalam setiap huruf, kata, dan ayat, terselit seribu satu ubat untuk seketul hati yang sedang melarat.
Dan ketika kita semua masih belum berhasil memahaminya, terhalang dengan banyak hal, pesan-pesan sembuh dari Ayat Kursi yang dicerakin dengan amat teliti oleh Fakhri Fadzli ini hadir menjadi rentasan buat kita yang sedang meronta-ronta mencari Tuhan.
Rupa-rupanya dari ayat yang sering kita baca, ada ubat yang tidak terkata mujarabnya.” DRIVE