“Book Descriptions: Demi cinta, dia rela memberikan semua yang dia ada. Tiga tahun dia mencipta bahagia bersama Azlan sehinggalah munculnya sebuah janji yang merubah segalanya.
"Abang janji akan berlaku adil."
Jiwa Najla hancur. Azlan pernah berikrar hanya mencintainya tapi ikrar yang dibuat itu akhirnya dimungkiri Azlan. Wajarkah dia mempercayai janji lelaki itu lagi?
"Abang tak tipu. Abang janji dengan Najla yang abang akan layan isteri-isteri abang dengan adil."
Azlan berterusan menyusun janji tanpa mengetahui apa yang mampu seorang Najla lakukan.
"Sekali abang culas tanggungjawab abang pada Najla, Najla repot mahkamah syariah."
Azlan mahu menduakannya? Silakan. Dia akan pastikan lelaki itu mengerti maksud tamparan wanita yang sebenar. Lelaki itu perlu diajar supaya tidak memandang lemah pada wanita sepertinya.
"Kau yang mulakan dan aku yang akan tamatkan. Let' s play the game, husband."
Bila mencintai, dia sanggup korbankan segalanya. Tapi bila dia dikhianati rasakanlah kuasa tamparan wanita daripadanya.” DRIVE