“Book Descriptions: Semua orang punya dosa. Tapi, tak semua orang rasa bagaimana dikejar dengan dosa-dosanya.
Kasyaf, pernah melalui zaman remaja yang gila.
Ponteng sekolah itu biasa. Buli orang, memang hobi dia. Hisap rokok, melepak dan segala masalah disiplin memang dia juara. Namanya tidak pernah turun daripada carta guru disiplin.
Tetapi, bab persahabatan, bab hormat orang tua, memang dipegang. Pantang dia bila melihat sahabatnya dihentam. Ringan segala kaki dan tangan nak belasah orang.
Kalau bukan kerana sahabatnya – Mustakim, cuba menjadi hero, yang kemudiannya kecundang, tidaklah dia terlibat dengan gadis bisu bernama Mia. Dan, kerana secebis budi ... dia diekori. Lalu, dihantui.
Belum selesai dengan roh Mia, muncul pula seorang budak perempuan dengan nama lelaki – Lan.
‘... namanya Helani. Tapi, disuruhnya aku dan mak, panggil dia, Lan.’
“Aku melihat kepincangan hidup orang. Aku cuba betulkan. Tetapi, ia hanya ilusi. Kepincangan sebenar adalah hidup aku. Aku yang kaku bila menyedari kepalsuan dan hakikat sebenar. Kehidupan aku hanya kekal pada satu titik. AZAL.
Kekalan dalam masa lampau. Aku sebenarnya tidak pernah bermula.” -Helani-” DRIVE