“Book Descriptions: Teja Aryana bakal diisytiharkan muflis ketika berusia 25 tahun. Dunianya yang dulu bergemerlapan tiba-tiba berubah gelap-gelita! Dia dieksploitasi oleh ahli keluarganya sendiri.
Tiada siapa yang tahu di sebalik wajah cantik dan glamor itu, dia menanggung pelbagai ujian dan cabaran sebagai anak seni malah perlu menanggung hutang jutaan ringgit selain namanya akan disenarai hitam oleh Bank Negara!
“Tolong beritahu aku? Apa yang aku harus buat sekarang? Aku bekerja bagai nak mati semata-mata untuk bayar hutang orang lain yang gunakan nama aku sebagai penjamin!” - Teja Aryana.
“Marry a super-rich man!” - Laura
Teja Aryana tersentak dengan jawapan sahabatnya Laura! Adakah itu jalan keluar daripada masalah besarnya kali ini?
Siapa pula lelaki yang mahu berkahwin dengan perempuan muflis sepertinya? Maybe... The millionaire next door?
Ya! Impian Teja Aryana tercapai untuk mengahwini lelaki itu dengan bersyarat! Dia perlu melepaskan hak-hak seorang ibu kepada pewaris Tengku Behzad!
Surrogate mother atau ibu tumpang versi yang lebih halal? Ya... itulah perjanjiannya. Surrogate wife for Mr. Millionaire.” DRIVE