“Book Descriptions: "Halah setakat muka lubang singki macam kau, ada hati nak cakap aku rupa beruk. Eh beruk pun lagi lawa dari kau tau? Perempuan gila!" - Iskandar. Bagi Hanan dan teman serumahnya, Iskandar itu ibarat jiran dari neraka. Perangainya menjengkelkan, apa saja yang keluar dari mulut lelaki itu cukup berbisa dan menyakitkan hati. Tak beradab, tak bermoral dan tak gentleman sama sekali! Tapi siapa sangka hati Hanan boleh terpaut pada lelaki itu dan cinta mulai bersemi. Benarlah pepatah Tak Kenal Maka Tak Cinta. Namun sejauh mana dia mengenali Iskandar? Semakin lama dia meniti cinta bersama Iskandar, semakin dia tak mengenali lelaki itu. Semakin dia cuba menyelami hati budi Iskandar, semakin dalam Iskandar bersembunyi. "Kenapa semua orang yang kacau kau kena musibah eh? Rizal accident, Fieya jatuh tangga, si Anis jatuh rooftop. Kau bela saka ke?" - Nurin. Hanan keliru. Apakah semua yang berlaku angkara Iskandar? Siapa sebenarnya Iskandar?” DRIVE