“Book Descriptions: Cinta utuh serta kembara dua jiwa antara Putera dan Ratu Ayu Riwatu sekali lagi diuji yang Maha Esa. Perjalanan dalam menuju penyatuan dua hati yang membawa ke syurga itu melalui episod duka apabila terpisah yang tidak mungkin ketemu lagi. Peperangan yang tercetus di antara kerajaan Inderagiri dan kerajaan Tafariq, pimpinan Raja Ankafi telah meragut nyawa pemerintah agung itu hingga menjadi debu. Putera melara hingga hampir membinasakan dirinya. Dunia seakan gelap-gelita kerana kehilangan penguat jiwa. Tatkala alam menjadi suram dan sunyi sepi buatnya, Mayang Sari hadir menawarkan diri untuk merawat luka. Tangan pemerintah jelita itu disambut tanpa rela kerana kasih yang masih kuat bersemadi dihati buat sang kekasih yang sudah pergi untuk selamanya. Dalam melayari bahtera abadi yang tidak mampu dikemudi sepenuhnya oleh Putera, tanpa disedari semangatnya kembali pulih kerana kesetiaan dan kesabaran sang isteri. Namun, takdir sekali lagi mempersendakan mereka. Satu demi satu segala rahsia mula terungkai membuatkan jiwa-jiwa itu melara. Permainan takdir itu memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.
“Laut mampu bergelora membenam daratan, langit juga mampu digulung menggoncang buana. Seisi alam sudah tentu hancur bila tiba waktunya tetapi tidak sekali-kali berpaling kasih Putera terhadap beta.” – Ratu Ayu Riwatu
“Kanda mahu mulakan hidup baru dengan dinda. Kanda mahu memberi peluang untuk kita berdua. Kanda tidak boleh bertindak terus-terusan tidak adil pada dinda. Semenangnya kanda tidak akan pernah dapat melupakan Ayu. Dia tetap akan berada dihati kanda selamanya.” - Putera
“Kanda tidak pernah mengenali siapa Mayang Sari jika dia tidak menaruh hati pada kanda. Jadi, dinda merayu pada kanda. Janganlah kanda memaksa dinda untuk menjadi seseorang yang akan dibenci kanda kelak.” – Mayang Sari” DRIVE