“Book Descriptions: Dalam rentang 2 tahun ini kematian menjadi jiran yang sering kita intai pergerakannya dalam diam. Ketakutan, kesedihan, risau, dan marah mengalir dalam urat-urat di tubuh sehingga di suatu ketika setiap kita menerima sepenuhnya bahawa tiada seorang pun yang terselamat dari ujian ini, dan dari kekecewaan ini kita meringis, memandang satu sama lain dengan prasangka & berwaspada.
Kumpulan sajak ini dikerjakan dalam suasana yang aneh dengan perasaan serta renungan yang kelabu dan tak menentu, mungkin naskah ini sekadar merakam dan mencatat kekacauan yang peribadi tanpa mengharapkan apa apa untuk menjelma untuk menjadi sesuatu yang boleh dibualkan atau mungkin, dibantai.
Maka dengan rendah hati dipersembahkan sebuah zine kumpulan sajak yang diberi judul Ringis. Hampir seluruh bahagian naskah ini dikerjakan dengan tangan, dari kulitnya yang dicetak saring sehingga ke jahitan jilidnya kecuali isinya yang merupakan cetakan komputer.
Tapi hanya 87 naskah bertanda nombor mampu disediakan kali ini.
Bersama setiap naskah ini juga turut diselitkan sekeping poster dicetak saring berukuran 175 x 230mm yang juga bertanda nombor.” DRIVE