“Book Descriptions: Prebet Sapu adalah sebuah karya Muzzamer Rahman yang terlahir daripada hadiah kesusahan hidupnya di metropolitan. Pencandu filem ini menjadikan kota penjara jiwa sebagai konkrit idea pilihan filem pertamanya.
Aman memandu kereta lama warisan arwah bapanya dari Pahang ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya menjadi seorang penulis. Berjuang dalam mencari pekerjaan dan menjadi gelandangan. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya dan menjadi pemandu e-hailing (e-pangilan) secara haram, setelah gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna. Sehinggalah dia bertemu dengan Bella, seorang penumpang Cina, yang menawarkan dia tinggal sementara di tempatnya, dengan syarat Aman mesti menjadi pemandu peribadi untuk kerja malamnya sebagai 'gadis pengiring'. Apabila kedua-dua jiwa miskin bandar menjadi kawan, konflik sedang menanti. Bagaimana kisah mereka akhirnya?” DRIVE