Perempuan Simpanan Halal Tuan Arash
(By Suci Hidayat) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Suci Hidayat |
Sejak kali pertama pertemuan mereka Kiss umpamakan lelaki itu adalah lelaki anugerah Tuhan untuknya. Lelaki itu penyelamat. Yang menyelamatkan Kiss dari gelapnya sebuah masa depan.
"Wait... Aku rasa kau dah salah faham. Aku cuma tolong kurangkan azab yang bakal kau tanggung. Daripada kau jadi pelacur pelanggan ibu tiri kau, dan jadi lauk kenduri lelaki-lelaki tadi... bukankah lebih baik kau jadi perempuan simpanan aku? Setidak-tidaknya kau hanya perlu layan aku sorang. Sounds good, right?" - TUAN MEGAT ARASH
Terlepas dari azab hidup bersama Mama Lina, Kiss terkurung dalam penjara yang Tuan Arash cipta. Menjadi perempuan simpanan lelaki itu, seluruh jiwa raga Kiss mejadi tawanannya.
Namun, tanpa lelaki itu tahu, hakikat sebenarnya jiwa Kiss sudah tertawan dari awal lagi. Dari awal lagi lelaki itu telah berjaya menakluk Kiss. Walau apa sekalipun kedudukan Kiss di sisi lelaki itu, tetap lelaki itu Kiss anggap penyelamat, pelindung, lelaki anugerah dari Dia untuk Kiss. Penyelamat hidup. Pelindung maruah. Penjaga diri Kiss. Kerana hati Kiss telah lelaki itu takluki, maka Kiss pertaruhkan seluruh diri, seluruh jasad dan seluruh jiwa mengabdikan diri untuk lelaki itu.
"Aku nikah dengan kau sebab kau berhutang dengan aku. Hutang duit. Hutang budi. Hutang maruah. Disebabkan kau tak mampu bayar, kau perlu bayar semua hutang tu dengan diri kau. Jadi tolong sedar diri. Kau cuma seorang perempuan simpanan yang aku halalkan. Takkan pernah lebih dari itu."
Namun ajaibnya benih cinta sejati yang Kiss tanam saban hari dalam jiwa lelaki itu akhirnya meleburkan keras seorang Megat Arash. Menghangatkan cinta lelaki itu yang selama ini beku dan dingin.
"Janji... kau hanya untuk aku. Kau hanya akan cintakan aku.Takkan sia-siakan aku. Takkan ada lelaki lain."
Panas yang Kiss harap sampai ke petang, diduga taufan yang tiba-tiba mendatang. Merosakkan hangat asmara antara mereka yang baru sahaja bermula. Memusnahkan semuanya hanya dalam sekelip mata."
"Tuan kata tuan cintakan saya. Kenapa..."
"Sebab aku dah puas guna kau. Kau boleh anggap hutang kau dah habis. Sekarang aku bebaskan kau."
Bodohnya Kiss kerana percaya cinta itu benar-benar ada antara mereka. Hakikatnya yang ada hanyalah nafsu semata-mata.
Saat Kiss mula menerima ketentuan, lelaki itu tiba-tiba muncul kembali di hadapan Kiss.
"Hutang kau memang dah habis. Tapi tempoh iddah kau belum habis lagi. Dan aku berhak..."
Sumpah Kiss keliru. Apa sebenarnya seorang Megat Arash itu mahu? Untuk apa lelaki itu memiliki Kiss kembali. Untuk menjadikan Kiss isteri yang dicintai? Atau hanya perempuan simpanan halal pemuas nafsu semata-mata?”