Layakkan Aku Bahagia
(By Hessa Widad) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Hessa Widad |
“Berhenti Qal. Jangan mewahkan I dengan janji manis you. Cukuplah you kejutkan I dengan rasa cinta you,” – Astrid Johaida
Bahagia yang disulam hanya sebentar. Sebelum Astrid dapat memeluk bahagia seeratnya, Qaleef pergi dalam satu tragedi yang tak disangka. Bertahun, Astrid memulihkan semangat untuk meneruskan hidup.
“My soulmate now is my wife. I do love you,” – Qaleef Al Jameel
“Cepat sembuh Qal. Untuk I. Untuk kita.” – Astrid Johaida
“Dengan keizinan Allah, baby. Dengan keizinan Allah.” – Qaleef Al Jameel
Keputusan Astrid untuk memulakan hidup baru di tanah kelahiran ibunya, Shakila mendapat sokongan penuh keluarganya. Pertemuan Astrid yang tersuka pandang pertama pada Areef Hidayat menjadi realiti takkala, Areef dijadikan calon menentu pilihan keluarganya.
“Hati sayang kena memilih ke? .....Sayang tahukan pendirian I tentang pilihan? Jawab Sayang. Menangis bukan penyelesaian.” – Areef Hidayat
“Hurmmm...” – Munirah
“I need more than kekasih. I need sayang as my wife. Safe and secure. Seal with hug and kisses... Jujur dengan I, sayang. Kita perlukan hubungan yang manis bukan toksik macam ni. I penat. Penat sangat.” – Areef Hidayat
Areef yang kecewa lamarannya ditolak buat ketiga kalinya nekad untuk memulakan hidup baru tanpa Munirah. Bercinta lepas nikah adalah syarat Astrid untuk mereka segera dinikahkan setelah beberapa hari berkenalan.
“Saya bernikah bukan untuk jadikan isteri saya bibik, pak long. Saya nak isteri yang mampu jadi soulmate saya. Susah senang dengan saya. Saya tak nak dia rasa kurang sikit pun kerana dia isteri saya. Cuma... saya ni bukan jutawan, pak long. Kerja sebagai pegawai kerajaan ni gaji pun tak seberapa. Harta pun tak banyak. Cukuplah untuk makan pakai hari-hari. Jadinya, saya tak boleh nak janjikan bulan bintang macam yang pernah anak pak long terima sebelum ni.” – Areef Hidayat.”