Vaksin?
(By Pena Kayu) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Pena Kayu |
Hidupnya memang serba sempurna. Serba glamour. Namun yang sempurna dan glamour lebur setelah video panasnya bersama seorang lelaki tersebar di media sosial. Sekarang dia bukan lagi Malaysian Darling, tetapi telah bertukar menjadi MALAYSIAN BITCH! Sana sini netizen memakinya.
Baru Larissa tahu langit tak selalunya cerah. Baru Larissa tahu makna talam dua muka. Dia digantung tugas dan sebahagian besar rakan-rakannya tanpa segan silu berjemaah mengutuknya.
Dan di tengah-tengah meledaknya Virus COVID-19, muncul pula virus cinta yang cuba memasuki sistem kesihatan hatinya. Puas ditepis dan puas dielak, tapi tak juga berjaya. Sampai naik sakit kepala Larissa.
"I nak you tahu... that I have fought long and hard for my prize. Harder than most men have ever fought in their lives."
Liurnya diteguk. Terlalu lain bahasa jiwa lelaki ini. Terlalu menggusarkan sukma. Terlalu menggangu fikirannya saat ini.
"I pertaruhkan segalanya untuk dapatkan you, Larissa. And I will not, no matter what the circumtances, be dissuaded from taking what I have earned." Seperti dentuman guruh suara lelaki itu sekarang. Seperti ugutan suara lelaki itu sekarang. Cukup untuk membuatnya keresahan.
"I akan jadi wife you, alright? Just please shut up before I have to punch you in the face."
Tawa lelaki itu menghiasi suasana. Dan sebaiknya sahaja tawanya berhenti, renungan mata lelaki itu berubah tajam. Terlalu tajam. Sehingga memaksa Larissa menahan nafas.
"Jadi you nak pukul muka I dengan apa ni?"
Pandangan mata mereka bertaut. Kali ini terlalu sukar untuknya mengalihkan pandangan.
"Perhaps with your lips? Hurm?"
Sakit kepalanya boleh bertukar sakit jiwa kalau begini. Tetapi apa Larissa nak buat kalau penyebaran video panas yang menjadi punca kejatuhannya sebenarnya telah dirancang rapi? Macam mana kalau selama ini, setiap langkahnya telah lama diperhatikan? Masalahnya sekarang, siapa pula yang busuk hati sangat nak jatuhkan dia?
"Kalau kau teruskan, kau akan buat Larissa hilang segala-galanya. "
"Aku tahu."
"Habis tu kenapa nak teruskan juga?"
"Sebab Larissa pernah berdosa.”