Tunang Orang
(By Pena Kayu) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Pena Kayu |
Sejak awal lagi Ayana sudah tahu Paei itu mulutnya manis bergula. Dia takkan terpedaya. Dia takkan terpesona. Lagipun dia tunang orang. Tunang kepada Beyazid Syah. Namun itulah, Paei bukan jenis mendengar kata. Semakin ditegah, semakin gigih lelaki itu memikatnya.
"Sorry, saya sibuk. Awak ajak Jiha."
Terkekeh-kekeh Paei ketawa. Setelah puas ketawa, Paei kembali menyusun kata.
"No one's ever protested my advances before, Ayana. Awak yang pertama."
Dia melirik sekilas pada Paei. Paei yang tetap sedap dipandang di bawah teriknya matahari. Paei yang kalau tersenyum, seluruh alam pun seolah-olah tersenyum bersamanya.
"There's a first time for everything," sindirnya. Sengaja mahu membuat Paei sakit hati. Malang sekali Paei tetap teguh.
"I suppose so," ungkap Paei. Tenang sahaja suaranya.
"We'll take this slow, Ayana. Slow tetapi pasti," sambung Paei lagi.
"Paei, saya ni tunang orang. Saya nak kahwin tak lama lagi. Lagi satu, saya ni bukan barang mainan yang awak boleh permainkan sesuka hati."
"Who said I thought of you as one?"
Antara Paei yang bersungguh-sungguh mahu menjaganya dan juga Beyazid Syah yang mengabaikannya, mana satu menjadi pilihan hati? Pastilah dia memilih Paei. Namun memilih Paei samalah seperti menghancurkan hati keluarganya.
Ayana sudah buntu. Paei mesti dilupakan. Tetapi bagaimana lagi dia mahu melupakan Paei kalau separuh hatinya telah lelaki itu bawa pergi? Dia mesti berterus-terang pada Beyazid Syah. Tetapi apa lagi dia boleh lakukan setelah Beyazid Syah nekad meneruskan pernikahan mereka?
"Aku terima nikahnya Ayana Binti Amiruddin dengan mas kahwihnya tiga ratus tiga puluh tiga ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"”