“Book Descriptions: Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya? Seth mahu mewakili Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka lakukan? Putus asa? Bunuh diri? Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut… Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki-adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnahkan oleh realiti?” DRIVE