“Book Descriptions: Jodoh Laina dan Han sudah diaturkan. Tapi Laina tak nak kerana dunia Han dan dia sangat berbeza. Jadi dia nak pastikan perkahwinan mereka dibatalkan tanpa menjejaskan hubungan antara dua keluarga.
Maka Riya jadi mangsa. Laina minta Riya dekati Han. Sampai masa, dia akan berpura-pura mengundur diri kerana kawan baiknya jatuh hati pada bakal suami sendiri.
Tapi semua tak terkawal bila Eid, sepupu Han masuk campur. Eid yang prejudis dengan perempuan, anggap Laina pengikis. Han pula sekali jatuh hati, dia jatuh betul-betul. Untuk selamatkan Han daripada Laina, Eid ajar Riya untuk pikat Han. Tanpa dia tahu, Riya pernah crush padanya suatu masa dulu.
Riya pening. Kenapa dalam keadaan ini, dia perlu jadi mangsa? Tanpa disangka sesuatu berlaku membuatkan pelan mereka semua porak-peranda.
Bagaimana kisah mereka akhirnya? Berjayakah Laina batalkan perkahwinan? Dapatkan Eid selamatkan sepupu kesayangannya. Han pula, dengan siapa jatuh cinta? Yang pasti, Riya rasa sesak nafas dengan semuanya.” DRIVE