Melankoli Sekeping Hati
(By Lynn Safiya) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Lynn Safiya |
Disebabkan cinta buta adik lelaki Thaqif terhadap adik perempuan Syifa’, kedua-dua belah keluarga saling bermusuhan. Pelbagai usaha cuba dilakukan oleh Thaqif untuk memutuskan hubungan antara Tamim dan Suria, namun tiada satu pun yang berhasil. Syifa’ dengan adiknya dicemuh, difitnah dan diganggu tanpa henti oleh Thaqif. Dendam lama yang bersarang di jiwa Thaqif membuatkan dirinya tiada langsung simpati di hati. Akibatnya, Thaqif telah bertindak keterlaluan terhadap Syifa’ serta Suria dalam merealisasikan misinya.
Namun, setiap tindakannya seakan tiada kesan pada dua keping hati yang saling mencintai… dan Tamim tekad membawa Suria lari. Lari dan terus menghilangkan diri.
Tinggallah Syifa’ bersendirian terpaksa menanggung setiap asakan dan desakan daripada Thaqif. Sehinggakan setiap perlakuan melampau Thaqif telah menjadi dendam dan racun dalam hati Syifa’… dendam yang takkan mampu dilepaskan seumur hidupnya.
Tatkala kebenaran terpampang di depan mata, Thaqif terduduk sendiri. Kemaafan daripada Syifa’ menjadi suatu obsesi diri. Namun semuanya sudah terlambat. Syifa’ semakin membenci dan semakin sukar untuk didekati.
“I want to spend the rest of my life making it up to you…” – Thaqif
“Saya nak jaga awak, Syifa’. Saya nak jadi pelindung dan pendamping awak.” – Thaqif
“Saya tak perlukan sesiapa! Encik tak payah nak buat apa-apa! – Syifa’
Sukarnya melenturkan hati seorang Syifa’, gadis yang telah berkali-kali disakiti. Namun demi suatu kemaafan, Thaqif rela menjadi pengemis. Tika kemaafan berjaya dimiliki dan hati Syifa’ mula ditakluki, perbuatan Thaqif pada masa lalu datang menghantui. Syifa’ kembali terluka dan tegar menjauhkan diri.
“How can I ever expect you to forgive me? When I don’t think I can ever forgive myself…” – Thaqif
Mampukah Thaqif merawat hati Syifa’ yang terluka? Atau apakah kali ini dia tak mampu lagi meraih kemaafan daripada Syifa’?”