“Book Descriptions: "...I'm sorry, but I'm afraid you can never do snowboarding again."
Hud terduduk.
Akibat kemalangan yang menimpa, minat dan kecintaannya pada meluncur salji - bahkan seluruh hidupnya, punah! Tak pernah dia sangka, atlet Olimpik sepertinya terpaksa bersara seawal usia 25 tahun.
Sikap Hud terus berubah menjadi dingin, sehinggalah pertemuannya dengan keluarga Our Time memberikan cahaya yang baharu dalam hidupnya. Terutamanya kehadiran Inara, barista girang yang juga menghidap ‘invisible illness’ sepertinya.
Namun ketika Hud mula sedia berdepan kenyataan, dia sekali lagi diuji hebat dengan kehilangan. Kali ini jiwanya langsung mati.
“Allah has not abandoned you.”
Hanya ada satu perkara yang boleh buat Hud terus berjalan, berlari dan mengejar impian lagi – iaitu PERCAYA.