Nadiah mengabaikan Khalis ketika mereka kehilangan anak. Saat tersedar, semuanya sudah terlewat. Bergelut dengan rindu dan sesal, diari merah seolah-olah menawarkan harapan. Tidak semena-mena, Nadiah terlontar ke 'masa lalu'.
Nadiah bingung sehinggalah dia menyedari bahawa dia masih berpeluang menyelamatkan hubungan dengan khalis. Namun, keadaan menjadi lebih teruk apabila orang lain pula yang menerima padah.
Khalis pula terhimpit dengan masalah keluarga. Berbapakan lelaki tidak bertanggungjawab, dialah yang terpaksa menyara mereka. Khalis percaya bahawa nasibnya hanya akan berubah dengan usaha keras.
Pada takdir kali ini, mengapa Nadiah harus kehilangan lagi? Dan adakah usaha Khalis mampu melindungi?
"Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Dia mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal, Khalis...." - Diari Nadiah” DRIVE