Curi curi hatinya
(By Rinsya Chasiani) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Rinsya Chasiani |
Irisya Sareefa menjadi mangsa kebencian ibu kandung dan suami sendiri walaupun berkali-kali dia menagih simpati. Kasih-sayangnya dipandang sepi. Usahanya tidak sekalipun mendapat tempat di hati mereka yang sepatutnya menjadi tempat untuk bergantung dan mengadu.
Kebencian Adami Hafizi pada Irisya bukan main-main. Dia terasa tercabar, egonya terasa tercalar kerana mendapat tahu bahawa Irisya sekadar mempergunakan dia untuk maksud tertentu. Lantas dia lontarkan kebencian kepada si isteri sehingga Irisya terkontang-kanting mencari kebahagiaan diri.
“Kau jangan harap untuk hidup bahagia bila kau jadi isteri aku, Ica. Aku bersumpah! Bersumpah selagi kau bergelar isteri aku, kebahagiaan itu tidak pernah akan ada!” -Adami
Di saat Irisya mula berputus asa, Adami tiba-tiba terjaga. Kenapa hatinya mula beralun lembut apabila menyebut nama Irisya? Kenapa tiba-tiba dia menjadi rindu kepada wanita yang selama ini tidak pernah dipandang dengan mata jiwa? “Ica dah tak sanggup hidup di sisi abang. Ica minta maaf tapi Ica betul-betul tak sanggup. Hati Ica dah hancur. Tak mungkin untuk bercantum...” -Irisya
Benarlah kata orang, hidup ini bagaikan roda. Sampai masanya, Adami pula yang terkejar-kejar bayang Irisya. Berkali-kali Irisya menolak kehadirannya tetapi Adami menjadi si degil yang setia mengemis sisa cinta milik Irisya untuk kebahagiaan mereka berdua.
“Abang tak kisah kalau Ica benci abang... Biar abang yang tanggung semuanya. Selama ni pun abang yang bersalah...” –Adami.
Adami jadi nanar saat Irisya ingin pergi dari hidupnya. Berkali-kali dia merayu tetapi rayuannya dipandang sepi. Tergamakkah Irisya meninggalkan Adami yang benar-benar menyayangi dirinya disaat itu? Mampukah Adami bertahan apabila dirinya benar-benar tidak dipedulikan oleh isteri sendiri?
“Ceraikan saya dan kita akan hidup lebih bahagia...” –Irisya.”